~Tidak kira cantik @ tidak~

Thursday, November 19, 2009

Bismillahirahmanirahim....
Assalamualaikum wrt...

Peringatan buat diriku yang bergelar isteri...dan juga kaum hawa diluar sana,sama2 la kita ambil manfaat daripada artikel ini....
http://emo.huhiho.com

"Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.."


Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia.

Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga,seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia.

Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai. Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.

http://emo.huhiho.com

Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah.

Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.

Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.

Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya. Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia.

Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.

http://emo.huhiho.com

Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka. Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.

Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?

Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat. Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula diri wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan.

Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:

"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl:53....



"Note:artikel ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa,hanya untuk peringatan diri ini dan sahabat2 yg dikasihi...http://emo.huhiho.com

InsyaAllah.....http://emo.huhiho.com

Confirm flight ke ALAM BARZAKH....

Monday, November 16, 2009

Peringatan buat diriku yg lupa...
http://emo.huhiho.com

Kenangilah akan flight kita ke alam barzakh
One way flight yang tiada jalan pulang nya
Bila pergi ..ia akan selamanya
Confirm flight yang tak perlukan waiting list
Tak perlu booking dari awal
Tak ada boarding past yang perlu diambil
Tak ada last call untuk boarding
Tak ada bagasi yang perlu discan
Tak ada nombor tempat duduk yang perlu di cari
Tak ada economy class atau VIP
Tak ada senyum good morning sir dari paramugari
Tak ada juice dalam perjalanan
Tak ada demo keselamatan
Tak ada bahan bacaan untuk tatapan
Tak terlihat awan yang penuh keindahan
Dan tak ada ucap selamat dari juruterbang

Yang ada ...
Hanya check in dari Izrail
Yang akan datang memanggil
Hanya ucap selamat dari tanah perkuburan
Hanya soalan dari mungkar nakir yang menggerunkan
Hanya bacaan talqin yang menginsafkan
Hanya gelombang sakaratul maut yang menyakitkan
Hanya pertarungan ujian dengan syaitan
Yang cuba menyesatkan aqidah dengan seribu penyamaran
Hanya iringan Yasin dan bacaan Al-Quran
Dari anak yang soleh, rakan dan taulan
Hanya amalan akan discan
Dengan penuh detail dan ketelitian
Walau sebesar zarah akan dihitung
Segala perbuatan kita akan ditanggung
Amalan soleh atau toleh
Begitulah adilnya Tuhan
Tidak membiarkan sebarang penganiayaan
Untuk rujukan di liang perkuburan
Jika mulia jadilah taman syurga
Kalau hina.. Jadilah lubang neraka
http://emo.huhiho.com

Kita confirm akan ke sana
Tak ada yang terlepas dari persoalannya
Awas..dan beringatlah
Confirm flight ini akan tiba jua
Bukankah rasul telah bersabda
Cukuplah mati sebagai peringatan
Tiada tiket yang menunjukkan masa
Tiada transit di mana-mana
Tanpa mengetahui bilakah masa nya
Semua nya hanya ada
Dalam pengetahuan Tuhan yang Esa
Maha Mentadbir dan mengetahui segala-galanya...
http://emo.huhiho.com

........wsalam

Lelaki Idaman saya!!!




lelaki idaman saya adalah seorg, lelaki yg b'iman.
yg hatinya disalut rasa takwa kpd Allah,
yg jiwanya penuh p'hayatan t'hadap islam
yg sentiasa haus dgn ilmu
yg sentiasa dahaga akan pahala
yg solatnya adalah maruah dirinya
yg tidak pernah takut utk b'kata benar
yg tidak pernah gentar utk melwn nafsu
yg sentiasa b'sama kump.org2 yg b'juang dijln Allah

lelaki idaman saya adalah lelaki yg m'jaga tuturkatanya
yg tidak b'megah dgn harta dunia yg dicarinya
yg sentiasa b'buat kebajikan krn sifatnya yg penyayang
yg m'punyai ramai kwn& tidak m'punyai musuh yg b'sifat jembalang

lelaki idaman saya adalah lelaki yg m'hormati ibunya
yg sentiasa b'bakti kpd ke2 org tua&keluarga
yg bakal m'jaga kerukunan rumahtangga
yg akan m'didik isteri&anak2 m'dalami islam
yg m'amal'n hidup penuh kesederhanaan
krn dunia bgnya adalah rumah sementara menuju akhirat

lelaki idaman saya sentiasa b'sedia utk m'jadi imam
yg hidup dibwh naungan al-quran& m'contohi sifat rasulullah
yg blh diajak b'bincang & b'bicara
yg m'jaga matanya dr b'belanja
yg sujudnya penuh kesyukuran dgn rahmat Allah keatasnya

lelaki idaman saya tidak pernah m'bazirkan masa
matanya kepenatan krn penat m'baca
suaranya lesu krn penat mengaji & b'zikir
tidurnya lena dgn cahaya keimanan
bgnnya subuh dgn penuh kecergasan
krn sehari lagi usianya b'tambah penuh kematangan

lelaki idaman saya sentiasa m'ingati mati
yg bgnya hidup di dunia adalah ladang akhirat
yg mana buah kehidupan itu perlu dibaja & dijaga
agar b'putik tunas yg bakal m'jadi baka yg baik
meneruskan p'juangan islam seblm hari kemudian
lelaki idaman saya adalah lelaki
yg tidak t'pesona dgn buaian dunia
krn dia m'impikan syurga
disitulah rumah idamanya
&dia ingin m'bawa saya b'sama
dialah lelaki idaman saya.....

amin....
http://emo.huhiho.com

New Face.....

Sunday, November 15, 2009

Assalamualaikum wrt...
http://emo.huhiho.com


Al-kisahnya mlm smlm tangan ini dan secara tak sengaja telah tertukar face blog ni kpd new face...Hmmm dan apa yang saya blur ialah banyak features,link-link,gambar saya n suami hilang...
http://emo.huhiho.com

Inilah dia face blog baru saya...
http://emo.huhiho.com

kalau ada kekawan yang boleh bantu saya mcmna nak manfaatkan menu kat atas (home,comments,video dan sebagainya,tlg hubungi saya yer..

ok,tnggu post seterusnya nanti k...
bye...
http://emo.huhiho.com

~AN NAJAH SHOPPE~

Tuesday, November 10, 2009

Bismillah....






Salam sejahtera semua buat pengunjung blog ini dan kawan2 yg dihormati sekalian.. Semoga sihat dan berbahagia selalu..Saya sekadar ingin menghebahkan bahawa AN NAJAH SHOPPE milikan saya dan suami,insyaAllah akan beroperasi tidak lama lagi di wakaf bharu,kelantan..InsyaAllah kami akan menjadikan kedai ini sebagai wasilah bagi memperjuangkan produk2 halal yang berada di pasaran sekarang,di antaranya produk seperti HPA,HIRAQ,ANA EDAR, HALALGEL,GIFFARINE,PRODUK TOK GURU dan sebagainya..Selain daripada produk2 tadi,kami juga turut menjual pakaian muslim dan muslimah yang di Import khas dari Syria,Mesir dan Jordan,InsyaAllah.Kami juga membekalkan susu kambing segar,yang dijamin suci dan halal.Barangan komputer dan perkhidmatan servis komputer juga boleh di dapati di kedai kami...Sebagai memperomosikan AN NAJAH SHOPPE ini, kami sentiasa mengalu-alukan sebarang tempahan bermula hari ini,hubungi saya di 0148079008 (naajihah) atau suami di 0148078008 (mohd al-amin)..doakan semoga apa yang kami usahakan ini mendapat barakah daripada ALLAH S.W.T...ameen...