~Tidak kira cantik @ tidak~

Thursday, November 19, 2009

Bismillahirahmanirahim....
Assalamualaikum wrt...

Peringatan buat diriku yang bergelar isteri...dan juga kaum hawa diluar sana,sama2 la kita ambil manfaat daripada artikel ini....
http://emo.huhiho.com

"Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.."


Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia.

Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga,seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia.

Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai. Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.

http://emo.huhiho.com

Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah.

Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.

Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.

Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya. Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia.

Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.

http://emo.huhiho.com

Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka. Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.

Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?

Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat. Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula diri wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan.

Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:

"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl:53....



"Note:artikel ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa,hanya untuk peringatan diri ini dan sahabat2 yg dikasihi...http://emo.huhiho.com

InsyaAllah.....http://emo.huhiho.com

Confirm flight ke ALAM BARZAKH....

Monday, November 16, 2009

Peringatan buat diriku yg lupa...
http://emo.huhiho.com

Kenangilah akan flight kita ke alam barzakh
One way flight yang tiada jalan pulang nya
Bila pergi ..ia akan selamanya
Confirm flight yang tak perlukan waiting list
Tak perlu booking dari awal
Tak ada boarding past yang perlu diambil
Tak ada last call untuk boarding
Tak ada bagasi yang perlu discan
Tak ada nombor tempat duduk yang perlu di cari
Tak ada economy class atau VIP
Tak ada senyum good morning sir dari paramugari
Tak ada juice dalam perjalanan
Tak ada demo keselamatan
Tak ada bahan bacaan untuk tatapan
Tak terlihat awan yang penuh keindahan
Dan tak ada ucap selamat dari juruterbang

Yang ada ...
Hanya check in dari Izrail
Yang akan datang memanggil
Hanya ucap selamat dari tanah perkuburan
Hanya soalan dari mungkar nakir yang menggerunkan
Hanya bacaan talqin yang menginsafkan
Hanya gelombang sakaratul maut yang menyakitkan
Hanya pertarungan ujian dengan syaitan
Yang cuba menyesatkan aqidah dengan seribu penyamaran
Hanya iringan Yasin dan bacaan Al-Quran
Dari anak yang soleh, rakan dan taulan
Hanya amalan akan discan
Dengan penuh detail dan ketelitian
Walau sebesar zarah akan dihitung
Segala perbuatan kita akan ditanggung
Amalan soleh atau toleh
Begitulah adilnya Tuhan
Tidak membiarkan sebarang penganiayaan
Untuk rujukan di liang perkuburan
Jika mulia jadilah taman syurga
Kalau hina.. Jadilah lubang neraka
http://emo.huhiho.com

Kita confirm akan ke sana
Tak ada yang terlepas dari persoalannya
Awas..dan beringatlah
Confirm flight ini akan tiba jua
Bukankah rasul telah bersabda
Cukuplah mati sebagai peringatan
Tiada tiket yang menunjukkan masa
Tiada transit di mana-mana
Tanpa mengetahui bilakah masa nya
Semua nya hanya ada
Dalam pengetahuan Tuhan yang Esa
Maha Mentadbir dan mengetahui segala-galanya...
http://emo.huhiho.com

........wsalam

Lelaki Idaman saya!!!




lelaki idaman saya adalah seorg, lelaki yg b'iman.
yg hatinya disalut rasa takwa kpd Allah,
yg jiwanya penuh p'hayatan t'hadap islam
yg sentiasa haus dgn ilmu
yg sentiasa dahaga akan pahala
yg solatnya adalah maruah dirinya
yg tidak pernah takut utk b'kata benar
yg tidak pernah gentar utk melwn nafsu
yg sentiasa b'sama kump.org2 yg b'juang dijln Allah

lelaki idaman saya adalah lelaki yg m'jaga tuturkatanya
yg tidak b'megah dgn harta dunia yg dicarinya
yg sentiasa b'buat kebajikan krn sifatnya yg penyayang
yg m'punyai ramai kwn& tidak m'punyai musuh yg b'sifat jembalang

lelaki idaman saya adalah lelaki yg m'hormati ibunya
yg sentiasa b'bakti kpd ke2 org tua&keluarga
yg bakal m'jaga kerukunan rumahtangga
yg akan m'didik isteri&anak2 m'dalami islam
yg m'amal'n hidup penuh kesederhanaan
krn dunia bgnya adalah rumah sementara menuju akhirat

lelaki idaman saya sentiasa b'sedia utk m'jadi imam
yg hidup dibwh naungan al-quran& m'contohi sifat rasulullah
yg blh diajak b'bincang & b'bicara
yg m'jaga matanya dr b'belanja
yg sujudnya penuh kesyukuran dgn rahmat Allah keatasnya

lelaki idaman saya tidak pernah m'bazirkan masa
matanya kepenatan krn penat m'baca
suaranya lesu krn penat mengaji & b'zikir
tidurnya lena dgn cahaya keimanan
bgnnya subuh dgn penuh kecergasan
krn sehari lagi usianya b'tambah penuh kematangan

lelaki idaman saya sentiasa m'ingati mati
yg bgnya hidup di dunia adalah ladang akhirat
yg mana buah kehidupan itu perlu dibaja & dijaga
agar b'putik tunas yg bakal m'jadi baka yg baik
meneruskan p'juangan islam seblm hari kemudian
lelaki idaman saya adalah lelaki
yg tidak t'pesona dgn buaian dunia
krn dia m'impikan syurga
disitulah rumah idamanya
&dia ingin m'bawa saya b'sama
dialah lelaki idaman saya.....

amin....
http://emo.huhiho.com

New Face.....

Sunday, November 15, 2009

Assalamualaikum wrt...
http://emo.huhiho.com


Al-kisahnya mlm smlm tangan ini dan secara tak sengaja telah tertukar face blog ni kpd new face...Hmmm dan apa yang saya blur ialah banyak features,link-link,gambar saya n suami hilang...
http://emo.huhiho.com

Inilah dia face blog baru saya...
http://emo.huhiho.com

kalau ada kekawan yang boleh bantu saya mcmna nak manfaatkan menu kat atas (home,comments,video dan sebagainya,tlg hubungi saya yer..

ok,tnggu post seterusnya nanti k...
bye...
http://emo.huhiho.com

~AN NAJAH SHOPPE~

Tuesday, November 10, 2009

Bismillah....






Salam sejahtera semua buat pengunjung blog ini dan kawan2 yg dihormati sekalian.. Semoga sihat dan berbahagia selalu..Saya sekadar ingin menghebahkan bahawa AN NAJAH SHOPPE milikan saya dan suami,insyaAllah akan beroperasi tidak lama lagi di wakaf bharu,kelantan..InsyaAllah kami akan menjadikan kedai ini sebagai wasilah bagi memperjuangkan produk2 halal yang berada di pasaran sekarang,di antaranya produk seperti HPA,HIRAQ,ANA EDAR, HALALGEL,GIFFARINE,PRODUK TOK GURU dan sebagainya..Selain daripada produk2 tadi,kami juga turut menjual pakaian muslim dan muslimah yang di Import khas dari Syria,Mesir dan Jordan,InsyaAllah.Kami juga membekalkan susu kambing segar,yang dijamin suci dan halal.Barangan komputer dan perkhidmatan servis komputer juga boleh di dapati di kedai kami...Sebagai memperomosikan AN NAJAH SHOPPE ini, kami sentiasa mengalu-alukan sebarang tempahan bermula hari ini,hubungi saya di 0148079008 (naajihah) atau suami di 0148078008 (mohd al-amin)..doakan semoga apa yang kami usahakan ini mendapat barakah daripada ALLAH S.W.T...ameen...

Bunuh+perkosa budak bawah umur=Tembak sampai mati

Monday, October 26, 2009

Bismillah....





Ini perkara yang berlaku di Yemen ... kalau Malaysia buat macam ni kompom takda yang berani mendera kanak2 lagi dan takkan berlaku kes seperti sharlini dan yang lain-lain tu.

Kat Yemen mereka buat di pasar awam rakyat semua tengok untuk pengajaran ...

Raya kedua di Wakaf Bharu,Kelantan... :)

Saturday, October 03, 2009

Bismillah....


Ehem,ni nak crta hari raya kedua pulak... ^_^ saya dan suami bertolak balik ke kelantan pd hari raya pertama jugk pkul 5 ptg,smpai kat kelantan kira2 dlm pkul 8 mlm..dah sampai tu kami di sambut oleh mertua,k.ipar yang sporting2 dan abg2 iparku yang lain..tgk atas meja ada lontong,trus mkn,huh mmg best k.yah buat,kbtln baru hbis alahan,makan tak henti2 hari tu,heheh alhamdulillah...
Pagi raya ke-2,k.sa (k.ipar) masak nasi goreng special,oleh kerana semuanya 'rajin' nak basuh pinggan,kitorg buat kptsn makan dlm talam....mm ada hkmahnya,dapat mengeratkan lagi hubungan kami ^-^
















Udah selesai makan semuanya,kitaorang semua berkumpul di rumah abg sulong (a.yie)....semua ada kat sana....lps tu pergi ziarah menziarah rumah sdara mara bersama2 (konvoi) ^_^









ok...to be continue ^_^









Raya pertamaku di kg.Rusila,Terengganu ^_^

Thursday, October 01, 2009

Bismillah...
Assalamualaikum kpd semua pengunjung blog ni,rasanya belum terlambat nak ucapkan "Eid mubarak kepada semua kaum keluarga,shbt2 dan pengunjung blog ni"...di kesempatan bulan yg mulia ni,saya nak mntk maaf kepada semua jika ada sebarang kekilafan sepanjang perkenalan.

Ni nak crta pengalaman beraya bersama 2 keluarga,jeng2...heheh...best sangat tau,kpd yang blm kawin tuh,kwin cpt2 ^_^...apapun saya nak panjatkan kesyukuran terhadap Allah S.W.T sbb kurniakan saya kebahagiaan bersama 2 keluarga yang saya cintai ini..mm nak crta satu2 la...

Raya pertama tuh raya bersama keluarga kat terengganu,pg raya tu bangun awal sbb nak siapkan hidangan,best mak masak,kuah kacang+nasi himpit+sate+rendang+ketupat..mmm nyam2..^_^ lps dah siap juadah semua, kami semua menjamu selera,alhamdulillah..dah siap makan kami bersiap2 g smyang raya...sblm tuh sempat lagi berposing bersama keluarga yang ku cintai...




mm..dah berposing,kami pun trus ke rumah pak sdara nak smyg raya,kitaorg anak branak dah jadi macam tradisi,nak smyg raya mesti datang berkumpul rumah pak sdara,kbtln rumah dekat dengan masjid,so disitu la kami berkumpul anak branak..lps selesai smyg semuanya,kbtln tiap thn pak sdara buat rumah terbuka,jadi kami spupu2 ni la yang jadi pelayan hehehe...seronok ^_^











ok,to be continue ^_^

Ramadhan Kareem...

Sunday, August 23, 2009

Bismillah.....
Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua Umat Islam..
Semoga ramadhan kali ni bertambah baik dari sebelum ni..

^_^

Dr.Nizar Rayyan Asy-syahid

Tuesday, August 04, 2009

Bismillah....



Beliau menjadi korban pertama serangan udara Israel. Tokoh Hamas, Nizar Abdul Kader Mohammad Rayyan, lahir, 6 Mac, 1959, di kem Jabaliya, Jalur Gaza. Tokoh yang memimpin sayap militer Hamas ini, memiliki latar belakang pendidikan yang sangat baik, di mana asy-syahid pernah mendapat pendidikan di Universiti di Saudi Arabia, Jordan, dan Sudan, dan mendapatkan gelar Phd, dibidang Islamic Studies.


Usai menyelesaikan pendidikan di sejumlah Negara Arab, Rayyan kembali ke Gaza, dan menjadi seorang da'i, dan memberikan ceramah di banyak masjid di Gaza, dan sambil masih terus memperdalam ilmunya, sampai ia mendapatkan pangkat Profesor dibidang undang-undang Islam (Islamic Law) di Universiti Islam di Gaza. Di usianya yang masih belum terlalu tua itu,
Rayyan dikurniakan enam orang anak laki-laki, enam orang anak perempuan, dan dua orang cucu. Dan, tokoh gerakan Hamas ini, menikahi empat orang muslimah.



Rayyan memiliki pandangan yang sama dengan seluruh pemimpin Hamas, yang secara tegas menolak Negara Israel, kerana Negara Zionis-Israel, tak lain adalah penjajah, yang harus dihapus. Maka, Rayyan menegaskan : "Kami tidak akan pernah menerima Israel. Apa yang disebut kata : ‘Israel' adalah tidak ada, baik sebagai sebuah fakta atau imajinasi", tegasnya.Tokoh yang memiliki tubuh tinggi besar ini, beberapa kali ditahan pemerintah Israel dan Pihak Berkuasa Palestin (PA), dan dibebaskan ketika Hamas mengambil alih kuasa seluruh wilayah Gaza dari tangan al-Fattah, Jun, tahun 2007.



Rayyan sangat dikenal kerana pendiriannya yang keras melawan Zionis Israel. Seorang datuk dari dua cucu, yang baru berumur 50 tahun itu, pernah menjadi pendiri Parti Penyelamat Islam (The Islamic Salvation Party), ketika terbentuk Autiriti Palestin di tahun 1994. Prof.Rayyan mempunyai peranan yang sangat penting, ketika Hamas harus berunding dengan berbagai faksi yang ada di jalur Gaza, yang akan menentukan kepemimpinan di wilayah itu.Tokoh Hamas, yang menjadi pemimpin Briged Izzuddin al-Qassam, di wilayah kem Jabaliya ini, sangat dikenal sebagai seorang da'i yang sangat berpengaruh, dan dikenal sebagai seorang imam di masjid ‘Masjid Syuhada'.



Menurut Jerusalem Post, yang terbit 1 Januari, 2009, Sheikh Nizar Rayyan, termasuk pemimpin senior Hamas, syahid dengan seluruh keluarganya, empat isterinya dan anak-anaknya, hari Khamis, ketika pesawat tempur Israel, F.16, menjatuhkan bom ke atas apartmen, yang diduduki bersama keluarganya di Jabaliya. Rayyan, bukan hanya seorang yang sangat beragama (alim), tapi benar-benar seorang mujahid,kerana Rayyan menjadi pemimpin sayap militer Hamas, iaitu Briged Izzudin al-Qassam.


*Sumber artikel : www.haluanpalestin.haluan.org.my

Tahniah...

Monday, August 03, 2009

Bismillah...











Tahniah kepada semua pendemostrasi mansuh ISA pada hari sabtu lps,

anda semua adalah WIRA rakyat..

Takbir!!!!!

Polis 'Diraja' Malaysia?

Sunday, August 02, 2009

Bismillah....




1. Gambar ini dirakamkan dalam perhimpunan membantah ISA, semalam. Seorang Ahli Parlimen Malaysia ditarik oleh polis sehingga bajunya koyak rabak.


2. Kalau ahli Legislatif yang dipilih secara sah oleh rakyat ini boleh diperlakukan sedemian rupa, kita rakyat bawahan bagaimana? Pasti lebih parah dan mengerikan!


3. Inilah taraf polis kita, Polis ‘Diraja’ Malaysia. Saya cadangkan agar gelaran ‘Diraja’ yang dianugerahkan oleh Yang Di Pertuan Agong pada 24 Julai 1958 itu ditarik balik. Sesuai digunakan istilah Angkatan Polis Malaysia (AMP). Nama ini lebih menggerunkan, sesuai dengan mereka.


4. Ataupun Angkatan Polis Malaysia Untuk Barisan Nasional (AMPU). Sesuai dengan orientasi kerja buat mereka pada masa ini.


5. Hak untuk berhimpun dan bersuara dinyatakan dengan jelas dalam Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan. Penafian hak ini yang dibuat oleh penyalahgunaan budi bicara polis dalam Akta Polis 1967 (Seksyen 27) adalah suatu bentuk pencabulan perlembagaan yang parah. Di mana semangat perlembagaan yang diikrarkan luhur?


http://hasbiemuda.wordpress.com/2009/08/02/polis-diraja-malaysia/
[TERUSKAN MEMBACA ->>]

Telatah anak2 sdara ^_^

Friday, July 31, 2009

Bismillah...

Alhamdulillah dapat juge pgg lattop ptg ni heheh sukanya dapat update blog..maklum la 2,3 hr ni cbuk skit,mcm2 kerja nak kena buat (mengalahkan YB plak ) huhu,tmbah2 pulak badan kita skrg ni tak chat mana :( nak pgg lattop pun takde mood...hari ni la hari yang paling 'tak chat',nak marah orang jerk,yang jadi mangsanya 'my hubby',cian pulak :) tapi bila dah tgk gelagat anak2 sdara ni mmg hilang la rasa badmood tuh,mcm2 la telatah dorang nih huhuhu suka juge anak sdara ramai nih (30 org)!!!!,tapi time raya la SAKIT :) hehehe...haaa tgk la telatah dorang tuh,mcm2....tuh baru 1/3 hehehe...
ok,must go now ^_^






Teka-teki IMAM GHAZALI....

Sunday, July 26, 2009

Bismillah...


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya ( teka-Teki ) : Imam
Ghazali bertanya = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia ini?"
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat

" Imam Ghazali menjawab= " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah ali-Imran :185).

Imam Ghazali= " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan"
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "

Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Imam Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

Imam Ghazali = " Apa yang paling berat didunia?"
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "

Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang,gunung,dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin)di dunia ini.Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

" Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali didunia ini"
Murid- Murid dengan serentak menjawab = "Pedang "

Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri " ....

"sama2 la kita muhasabah diri"

"TugasKu..."


"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..saya dpt artikel ni masa pi daurah pengurusan..nak kongsi bersama kate2 dlmnya..yg penuh bermakna dan menaikkan semangat..insyaAllah.."

Bismillahirrahmaanirrahim…
Apakah Tuhan berbicara dgn ibubapaku sblm memutuskan aku lahir ke dunia?? Detik hati kecik Saidina Ali sewaktu pulang menemui ibubapanya.Sebelum itu, die telah bertemu Rasulullah SAW dan baginda mengajaknya memeluk Islam.Memandangkan umurnya pasa masa itu baru menjangkau 10 thn, die meminta izin dr Rasulullah dan memutuskan utk berbincang dgn ibubapanya. Dlm perjlnan pulang tersebut die berfikir dan terus berfikir…seriusnya bukan main…

Akhirnya die tiba di suatu kesimpulan: beriman tanpa izin ibubapa.Alasannya mudah. Allah swt menjadikannya tanpa berunding dgn ibubapanya, jadi ape perlu berunding dgn ibu bapa utk beriman kpd Allah swt ??

Usamah bin Zaid dilantik menjadi jeneral perang sewaktu berusia 18 thn. Sultan Mohammad Al-Fateh menaiki takhta menggantikan ayahnya, Sultan Murad sewaktu berumur 14 thn. Dan ramai lagi para sahabat Rasulullah SAW telah dibariskan di medan perang ketikan berusia belas2an tahun. Hingga sejarah memaparkan ada di antara mereka yg cuba menjungkit kaki mereka agar kelihatan tinggi, dewasa dan layak dipileh untuk pergi berperang..subhanallah..

Inilah remaja2 salafussoleh. Remaja yg sejak dr muda memikul tugas2 dan t-jawab2 yg serius. Walaupun masih muda lagi, fikiran mereka sudah matang dan tindakan mereka sudah menampakkan kematangan dan t-jawab. Islam yg mendewasakan mereka. Islam adalah agama yg serius. Serius untuk diyakini,serius untuk dihayati, serius untuk diramalkan dan serius untuk diperjuangkan…

AKU BAGAIMANA??

Adakah aku seorang yg serius?Apakah aku seorang yg inginkan kecemerlangan dlm pelajaran dan tugas2 aku sekarang malah berusaha ke arahnya?Apakah aku memikirkan nasib aku di akhirat? Apakah aku merasakan Islam terbiar dan dipulau oleh penganutnya sendiri? Apakah aku memikirkan nasib Islam dan umatnya? Apakah aku memikirkan soal kepimpinan dunia yg lintang pukang dan bercelaru hari ini? Apakah aku seorang yg melibatkan diri dgn tugas2 yg serius? Tanyalah pada diriku sendiri..wahai diriku yg lemah dan serba kekurangan ini..apakah aku tergolong dlm golongan2 ini?? Di manakah sbenarnya hala tuju dan matlamat hidupku? Jika aku adalah spt yg disebutkan di atas…aku adalah pewaris generasi salafussoleh yg bakal menempa sejarah..alhamdulillah..Jika tidak..tiada maaf bagimu wahai diriku…Bicara ini tidak layak dan bukan untukku…Astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah..Ya Allah..berilah hamba Mu yg hina dan dhaif ini hidayah dan taufikMu agar aku mendapat kekuatan untuk menjlnkan segala t-jawab dan tugas2 yg Engkau wajibkan dlm menegakkan Islam di bumi Mu ya Allah…ameen..

Semoga kalian dpt mangambil iktibar dan muhasabah diri sendiri..adakah kita tergolong dlm golongan itu? Semoga Allah mengurniakan kita kekuatan untuk menghidupkan Islam dlm kehidupan seharian dan mati kite sebagai pejuang Islam yg unggul…masa,tenaga,kesedihan dan kegembiraan..semuanya untuk Islam..dan CINTA kita hanyalah untuk Allah SWT yg satu….insyaAllah…

"Panduan Perarakan Membantah ISA!!!!"

Mulai 11 pagi, semua mestilah berpakaian putih dan dijadualkan akan berhimpun di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok, sebelah Bank Negara, sebelum menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki di dataran tersebut dan kemudian berarak ke Istana Negara.