Telatah anak2 sdara ^_^

Friday, July 31, 2009

Bismillah...

Alhamdulillah dapat juge pgg lattop ptg ni heheh sukanya dapat update blog..maklum la 2,3 hr ni cbuk skit,mcm2 kerja nak kena buat (mengalahkan YB plak ) huhu,tmbah2 pulak badan kita skrg ni tak chat mana :( nak pgg lattop pun takde mood...hari ni la hari yang paling 'tak chat',nak marah orang jerk,yang jadi mangsanya 'my hubby',cian pulak :) tapi bila dah tgk gelagat anak2 sdara ni mmg hilang la rasa badmood tuh,mcm2 la telatah dorang nih huhuhu suka juge anak sdara ramai nih (30 org)!!!!,tapi time raya la SAKIT :) hehehe...haaa tgk la telatah dorang tuh,mcm2....tuh baru 1/3 hehehe...
ok,must go now ^_^






Teka-teki IMAM GHAZALI....

Sunday, July 26, 2009

Bismillah...


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya ( teka-Teki ) : Imam
Ghazali bertanya = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia ini?"
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat

" Imam Ghazali menjawab= " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah ali-Imran :185).

Imam Ghazali= " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan"
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "

Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Imam Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

Imam Ghazali = " Apa yang paling berat didunia?"
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "

Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang,gunung,dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin)di dunia ini.Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

" Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali didunia ini"
Murid- Murid dengan serentak menjawab = "Pedang "

Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri " ....

"sama2 la kita muhasabah diri"

"TugasKu..."


"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..saya dpt artikel ni masa pi daurah pengurusan..nak kongsi bersama kate2 dlmnya..yg penuh bermakna dan menaikkan semangat..insyaAllah.."

Bismillahirrahmaanirrahim…
Apakah Tuhan berbicara dgn ibubapaku sblm memutuskan aku lahir ke dunia?? Detik hati kecik Saidina Ali sewaktu pulang menemui ibubapanya.Sebelum itu, die telah bertemu Rasulullah SAW dan baginda mengajaknya memeluk Islam.Memandangkan umurnya pasa masa itu baru menjangkau 10 thn, die meminta izin dr Rasulullah dan memutuskan utk berbincang dgn ibubapanya. Dlm perjlnan pulang tersebut die berfikir dan terus berfikir…seriusnya bukan main…

Akhirnya die tiba di suatu kesimpulan: beriman tanpa izin ibubapa.Alasannya mudah. Allah swt menjadikannya tanpa berunding dgn ibubapanya, jadi ape perlu berunding dgn ibu bapa utk beriman kpd Allah swt ??

Usamah bin Zaid dilantik menjadi jeneral perang sewaktu berusia 18 thn. Sultan Mohammad Al-Fateh menaiki takhta menggantikan ayahnya, Sultan Murad sewaktu berumur 14 thn. Dan ramai lagi para sahabat Rasulullah SAW telah dibariskan di medan perang ketikan berusia belas2an tahun. Hingga sejarah memaparkan ada di antara mereka yg cuba menjungkit kaki mereka agar kelihatan tinggi, dewasa dan layak dipileh untuk pergi berperang..subhanallah..

Inilah remaja2 salafussoleh. Remaja yg sejak dr muda memikul tugas2 dan t-jawab2 yg serius. Walaupun masih muda lagi, fikiran mereka sudah matang dan tindakan mereka sudah menampakkan kematangan dan t-jawab. Islam yg mendewasakan mereka. Islam adalah agama yg serius. Serius untuk diyakini,serius untuk dihayati, serius untuk diramalkan dan serius untuk diperjuangkan…

AKU BAGAIMANA??

Adakah aku seorang yg serius?Apakah aku seorang yg inginkan kecemerlangan dlm pelajaran dan tugas2 aku sekarang malah berusaha ke arahnya?Apakah aku memikirkan nasib aku di akhirat? Apakah aku merasakan Islam terbiar dan dipulau oleh penganutnya sendiri? Apakah aku memikirkan nasib Islam dan umatnya? Apakah aku memikirkan soal kepimpinan dunia yg lintang pukang dan bercelaru hari ini? Apakah aku seorang yg melibatkan diri dgn tugas2 yg serius? Tanyalah pada diriku sendiri..wahai diriku yg lemah dan serba kekurangan ini..apakah aku tergolong dlm golongan2 ini?? Di manakah sbenarnya hala tuju dan matlamat hidupku? Jika aku adalah spt yg disebutkan di atas…aku adalah pewaris generasi salafussoleh yg bakal menempa sejarah..alhamdulillah..Jika tidak..tiada maaf bagimu wahai diriku…Bicara ini tidak layak dan bukan untukku…Astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah..Ya Allah..berilah hamba Mu yg hina dan dhaif ini hidayah dan taufikMu agar aku mendapat kekuatan untuk menjlnkan segala t-jawab dan tugas2 yg Engkau wajibkan dlm menegakkan Islam di bumi Mu ya Allah…ameen..

Semoga kalian dpt mangambil iktibar dan muhasabah diri sendiri..adakah kita tergolong dlm golongan itu? Semoga Allah mengurniakan kita kekuatan untuk menghidupkan Islam dlm kehidupan seharian dan mati kite sebagai pejuang Islam yg unggul…masa,tenaga,kesedihan dan kegembiraan..semuanya untuk Islam..dan CINTA kita hanyalah untuk Allah SWT yg satu….insyaAllah…

"Panduan Perarakan Membantah ISA!!!!"

Mulai 11 pagi, semua mestilah berpakaian putih dan dijadualkan akan berhimpun di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok, sebelah Bank Negara, sebelum menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki di dataran tersebut dan kemudian berarak ke Istana Negara.




Upacara Mencuci Kaabah Menjelang Ramadhan....

Bismillah...




Pemimpin pemerintahan kota Makkah, Raja muda Khaled Al-Faisal hari Kamis (23/7) pagi tadi melakukan kegiatan mencuci dinding Ka'bah. Kegiatan ini merupakan kegiatan tahunan yang dilakukan dua kali dalam setahun, iaitu menjelang datangnya bulan suci Ramadhan dan pada saat musim haji.


Diiringi oleh gema takbir dan tahlil, Raja Khalid memasuki Ka'bah dan melakukan proses pencucian bahagian dalam dinding dan lantai Ka'bah dengan menggunakan sehelai kain dan air yang berupa campuran air Zamzam dan air mawar. Diperlukan sekitar lima gelen air mawar dan 47 geen air Zamzam untuk keperluan mencuci Ka'bah.


Kegiatan ini untuk pertama kalinya boleh disaksikan secara langsung, melalui television yang dipasang di pintu gerbang Masjid Haram.Selepas mencuci Ka'bah, Raja Khaled melakukan tawaf (mengelilingi Ka'bah sebanyak tujuh kali), menunaikan solat sunnah dua rakaat, mencium Hajar Aswad dan minum air Zamzam yang diberikan langsung oleh Sadin (orang yang bertugas menjaga Ka'bah) tepat di depan pintu masuk Ka'bah.


Proses pencucian Ka'bah disaksikan oleh Presiden Pengurus Dua Masjid Suci, Syaikh Al-Hosayem dan timbalannya, Syaikh Muhammad bin Nasser Al-Khuzaim. Hadir pula dalam acara tersebut sejumlah menteri, ulama, pejabat senior pemerintah Saudi, diplomat asing yang Muslim, warga setempat dan pengunjung yang menyaksikan upacara proses pencucian Ka'bah.



^_^

Besarnya neraka JAHANAM....

Wednesday, July 22, 2009

Bismillah.......



Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:


Jibrail datang kepada Nabi s.a.w pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"


Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu besar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."


Lalu Nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.


" Jawabnya: "Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan bahangnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya. Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.


Nabi s.a.w bertanya:Adakah pintu2nya bagaikan pintu2 rumah kami?


Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (iaitu yg lebih bawah lebih panas)


Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"


Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha Pintu kelima orang Yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang Nasara bernama Sa'eir.


"Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"


Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."


Maka Nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi s.a.w bersabda:


"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakahada seorang dari ummatku yang akan masuk ke dalam neraka?"


Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.


Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu ialah?


1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat


2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah


3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung


4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah


5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik


6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak


7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum


8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular


9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.


10.Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai


11.Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

"Nastaghfirullah Mudah-mudahan peringatan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua"

say no to ISA!!!!!!!!!!

Bismillah...




Kepada semua yang ingin menolak kezaliman,marilah kita sama2 menghadiri perhimpunan mansuhkan ISA 1 0gos ini untuk menyerahkan memorandum kepada pihak Istana Negara...Takbir!!!

Special for women ^_^

Tuesday, July 21, 2009

Bismillah....


1 . Bulu kening
Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) " Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari

2 . Kaki ( tumit kaki )
" Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki ( atau mengangkatnya) agar diketahui perrhiasan yang mereka sembunyikan "An-Nur : 31
a ) menampakkan kaki
b ) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki

3 . Wangian
" Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina " Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban

4 . Dada
" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka " An-Nur : 31

5 . Gigi
" Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya " Riwayat At-Thabrani
" Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik ,yang merubah ciptaan Allah " Riwayat Bukhari dan Muslim

6 . Muka dan leher
" Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu "
a ) bersolek ( make-up )
b ) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah

7 . Muka dan Tangan
" Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah : Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja " Riwayat Muslim dan Bukhari

8 . Tangan
" Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya " Riwayat At Tabrani dan Baihaqi

9 . Mata
" Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya " An Nur : 31
Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya . Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama , ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan " Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi

10 . Mulut ( suara )
" Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik " Al Ahzab : 32
" Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan , maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi " Riwayat Ibn Majah

11 . Kemaluan
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin , hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina) " An Nur : 31
" Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu , puasa di bulan Ramadhan , menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta'ati suaminya , maka masuklah ia kedalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya " Riwayat Al Bazzar
" Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah suaminya , melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah " Riwayat Tirmidzi , Abu Daud dan Ibn Majah

12 . Pakaian " Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti " Riwayat Ahmad , Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah
" Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya " Riwayat Bukhari dan Muslim
a ) Berpakaian tipis / jarang
b ) Berpakaian ketat / membentuk
c ) Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu

" Hai nabi-nabi katakanalah kepada isteri-isterimu , anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu . Allah maha pengampun

lagi maha penyayang " Al Ahzab : 59

13 . Rambut
" Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya " Riwayat Bukhari dan Muslim

14 . " Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan menta'ati suaminya , segala makhluk , burung yang terbang , ikan dilaut , malaikat dilangit , matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya "

::CEMBURU oh CEMBURU::

Sifat cemburu ni adalah naluri manusia yg sememangnya amat sukar nak dibendung. Byk gak jenis cemburu,ada yg positif & ada yg negatif. Bila kita ckp pasal cemburu ni, dah tentu ramai yg menuding jari & mengaitkannya dgn kaum hawa. Ramai beranggapan bhw org perempuan ni kuat cemburu. Sebenarnya dlm soal ni, kita tak boleh nak tuduh sesapa pun, samada lelaki mahupun perempuan.
Sifat cemburu ni ada pada setiap manusia. Cuma kita perlu bijak dlm mengawal perasaan cemburu tu. Jadi pikir2kan lah yg mana baik & yg mana buruk.Dlm kebanyakan hubungan mmg terdpt sifat cemburu. Masalah timbul apabila pasangan yg cemburu ini mengugut utk memutuskan hubungan & pasangan rasa tergugat. Ada pasangan sedar bhw sikap cemburu mereka ini kurang menyenangkan tapi tidak mampu mengawalnya.
Mereka rasa apa yg mereka lakukan itu betul. Mereka sentiasa ingin tahu apa yg dilakukan oleh pasangan mereka. Jika terlewat 10 minit pun, pertengkaran boleh berlaku.Apabila sedang di alam percintaan, sukar untuk menerima hakikat bhw pasangan kita mempunyai masalah terlalu cemburu. Adakah dia bersikap demikian utk melindungi kita atau dia akan mendtgkan masalah kpd kita?
Ok, mari kita siasat & selidik tanda2 cemburu yg boleh kita perhatikan pada pasangan kita.
1. Dia menelefon kita beberapa kali sehari dan nampak marah & kecewa bila kita tiada.
2.Dia menelefon kita semasa sedang mesyuarat & apapun alasan yg diberikan, dia tetap nak bercakap dgn kita. Sbb ingatkan ada hal mustahak, kita mungkin menjwb panggilannya tetapi merasa geram kerana dia hanya nak berbual je.
3. Dia menuduh sesuka hati bhw kita telah keluar dgn lelaki/wanita lain.
4. Dia selalu mengintip & cuba mencari peluang utk mencari kesalahan kita.
5. Dia mengugut membunuh diri jika kita meninggalkannya.
6. Dia hanya mahu kita sentiasa bersamanya & marah w/pun kita keluar dgn teman2 wanita/lelaki lain.
7. Dia tidak suka pergi ke parti atau majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kpd kita.
8. Dia menyoal spt seorg polis, ke mana kita pergi & dgn siapa.
9. Dia bermasam muka bila kita kerja lebih masa.
10. Dia tidak peduli dgn penjelasan kita.
11. Jgn terkejut bila dia menggeledah beg tangan/beg duit kita utk mencari bukti samada kita bermain kayu tiga.
Sekarang mari kita belajar cara2 nak mengatasi sifat cemburu ni..
1. Terima hakikat bhw sifat cemburu kita adalah masalah kita sendiri & kita bertanggungjwb mengatasinya sendiri. Fikirkan tiada siapa yg boleh membuat kita cemburu. Kita boleh mengawal fikiran dlm apa bentuk situasi pun. Ingat, pilihan terletak pd diri sendiri, bukannya org lain.
2. Hormati perasaan pasangan kita. Spt kita, dia juga mempunyai hak utk menilai kecantikan wanita/lelaki lain. Jika kita dpt melakukannya, kita sudah dpt mengatasi sifat cemburu.
3. Tiada siapa suka memikirkan pasangan mereka curang. Kalaupun ini terjadi, teruk sgtkah kesannya kepada kita. Kita mungkin sedih, kecewa & marah utk sementara waktu shj tetapi tidaklah sampai mati. Lambat laun kita akan dpt mengatasinya juga.
4. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita mmg seorg yg cemburu, usah berharap kita boleh berubah dlm masa yg singkat.
5. Tuliskan apa perasaan kita bila kita merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Rasa bersalah? atau bertindak kasar? Adakah kita ingin meneruskan hidup kita dgn cara ini? Jika jawapannya tidak, maka cepat2 lah berubah.
6. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kita meledak. Adakah adil kita menyisihkan pasangan kita drp org lain? Teruk sgtkah dia bila dia senyum pd seorang wanita/lelaki lain? Tidakkah kita sendiripun pernah tersenyum pd wanita/lelaki lain?
7. Ramai org yg mempunyai perasaan & masalah cemburu suka menyalahkan org lain. Mereka kerap mencari kesalahan org lain & mahu pihak yg satu lagi mengubah sikap tetapi dlm masa yg sama tidak melihat kesalahan sendiri. Terima hakikat bahawa kita manusia sebenarnya tidak sempurna.
8. Bagaimana erat pun hubungan anda berdua, terima hakikat bhw masih ada lelaki/wanita lain yg lebih cantik/tampan, bijak & baik. Jadi jgnlah cuba mengongkong pasangan kita. Habiskan masa bersamanya dgn penuh kegembiraan. Jgn biarkan hubungan kita goyang dgn imaginasi kita yg karut.
9. Bina keyakinan diri. Kita mungkin berasa tidak selamat jika selalu bergantung kpd pasangan. Luaskan persahabatan dgn org lain.
10. Jika rasa cemburu kita sdg memuncak, bayangkan apa yg akan berlaku jika kita melepaskannya kpd pasangan kita. Contohnya jika pasangan dinaikkan pangkat & mempunyai seorg setiausaha yg cantik, kita patutnya ucapkan tahniah & bukannya menyindir. Jika dia ingin curang dgn sesiapa, dia tetap akan buat tak kira la samada kita cemburu ataupun tidak. Cemburu tidak akan dpt menghalang mereka.
Cemburu boleh menghancurkan sesebuah hubungan yg mesra. Tetapi jika kita dpt melihat tanda2 awal cemburu, kita boleh bertindak cepat agar ia tak merebak. Jadi mari kita ikuti pulak tips bagaimana nak mengawal keadaan kiranya mendpt pasangan yg cemburu.
1. Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jgn terbawa2 dgn sifatnya itu. Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja dpd terus menyemarakkan kemarahannya.
2. Terima hakikat bhw dia tidak berniat utk melukai hati kita. Mungkin ini sifat semuladinya & jgn ambil hati.
3. Cuba sedaya upaya kita utk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu, minta nasihatnya & salurkan rasa cinta kita. Tunjukkan kita menyayanginya w/pun dia tidak sama spt org lain.
4. Jgn berpoya2 dgn wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yg dia perlukan adalah sokongan yg berterusan.
5. Berbincang dgn pasangan tentang perasaan cemburunya.
6. Jika kita telah berusaha sedaya upaya & pasangan tetap tidak boleh mengawal cemburunya, kaunseling mungkin jln terakhir utk menyelamatkan hubungan kita berdua.

^_^

:: Apa2 aje ::

Bismillah...

Sukanya bila dah dapat update blog ni ^_^ mnta maaf la lama tak update,sbnarnya ana baru je pulang dari Bangi pg smlm,pergi ke konvokesyen k.sue,ana punya k.ipar,alhamdulillah semua selamat..ha dah alang2 ke bangi,kitaorang pergi derak ke KL pulak "menyelam sambil mnum air " ^_^ huh bestnya bila dapat pergi jln2 ni,bukan apa kdg2 pergi menghabiskan duit best juge hehe al-maklum la cbuk dengan bisnes je, pergi jalan2 boleh menghilangkan tension..mm ana sempat jugk melawat beberapa tempat,antaranya PETROSAINS...mm mmg best kalo pergi,bnyak pengetahuan yang dapat..So ana nak kongsi la kenangan smasa kat sana ^_^
















































:: KEISTIMEWAAN WANITA ::

Monday, July 20, 2009

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkanbaginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allahs.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allahs.w.t.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daridosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satutegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnyaseumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah laludiberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allahs.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelakiYang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakahyang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablahpanggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfarbaginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuppintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka denganpenuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatudaripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
"SubhanAllah bnyaknya kelebihan mengenai wanita ni,jadi marila kita sama2 muhasabah diri"

::Renungkan...Hayati dan Fahami ::

Thursday, July 16, 2009

Bismillah....

Jika kamu memancing ikan....setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja....kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup. Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya....janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada…jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....Apabila sekali ia retak tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....akhirnya ia dibuang....sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa, anggaplah dia manusia biasa…Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....akhirnya kamu kecewa...meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain…Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal.

^_^

::kenangan PRK N41 manik urai::

Bismillah....

Alhamdulillah pas dapat mengekalkan kerusi N41 Manik urai,walaupun dengan majoriti sedikit tp apa yang penting manik urai masih lagi berada dibawah pemerintahan ulama'...takbir!!!Di sini saya nak kongsikan pengalaman semasa berjuang di bumi manik urai...rndunya dekat shbt2 huk3...insyaAllah kita jump di Plihan Raya Perak..insyaAllah... ^_^