Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu
Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…
Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...Amin…..
Peringatan buat diriku yang bergelar isteri...dan juga kaum hawa diluar sana,sama2 la kita ambil manfaat daripada artikel ini....
"Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.."
Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.
Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia.
Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga,seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.
Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia.
Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai. Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.
Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah.
Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.
Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.
Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya. Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia.
Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.
Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka. Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.
Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?
Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat. Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula diri wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan.
Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:
"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl:53....
"Note:artikel ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa,hanya untuk peringatan diri ini dan sahabat2 yg dikasihi...
Kenangilah akan flight kita ke alam barzakh One way flight yang tiada jalan pulang nya Bila pergi ..ia akan selamanya Confirm flight yang tak perlukan waiting list Tak perlu booking dari awal Tak ada boarding past yang perlu diambil Tak ada last call untuk boarding Tak ada bagasi yang perlu discan Tak ada nombor tempat duduk yang perlu di cari Tak ada economy class atau VIP Tak ada senyum good morning sir dari paramugari Tak ada juice dalam perjalanan Tak ada demo keselamatan Tak ada bahan bacaan untuk tatapan Tak terlihat awan yang penuh keindahan Dan tak ada ucap selamat dari juruterbang
Yang ada ... Hanya check in dari Izrail Yang akan datang memanggil Hanya ucap selamat dari tanah perkuburan Hanya soalan dari mungkar nakir yang menggerunkan Hanya bacaan talqin yang menginsafkan Hanya gelombang sakaratul maut yang menyakitkan Hanya pertarungan ujian dengan syaitan Yang cuba menyesatkan aqidah dengan seribu penyamaran Hanya iringan Yasin dan bacaan Al-Quran Dari anak yang soleh, rakan dan taulan Hanya amalan akan discan Dengan penuh detail dan ketelitian Walau sebesar zarah akan dihitung Segala perbuatan kita akan ditanggung Amalan soleh atau toleh Begitulah adilnya Tuhan Tidak membiarkan sebarang penganiayaan Untuk rujukan di liang perkuburan Jika mulia jadilah taman syurga Kalau hina.. Jadilah lubang neraka
Kita confirm akan ke sana Tak ada yang terlepas dari persoalannya Awas..dan beringatlah Confirm flight ini akan tiba jua Bukankah rasul telah bersabda Cukuplah mati sebagai peringatan Tiada tiket yang menunjukkan masa Tiada transit di mana-mana Tanpa mengetahui bilakah masa nya Semua nya hanya ada Dalam pengetahuan Tuhan yang Esa Maha Mentadbir dan mengetahui segala-galanya...
lelaki idaman saya adalah seorg, lelaki yg b'iman. yg hatinya disalut rasa takwa kpd Allah, yg jiwanya penuh p'hayatan t'hadap islam yg sentiasa haus dgn ilmu yg sentiasa dahaga akan pahala yg solatnya adalah maruah dirinya yg tidak pernah takut utk b'kata benar yg tidak pernah gentar utk melwn nafsu yg sentiasa b'sama kump.org2 yg b'juang dijln Allah
lelaki idaman saya adalah lelaki yg m'jaga tuturkatanya yg tidak b'megah dgn harta dunia yg dicarinya yg sentiasa b'buat kebajikan krn sifatnya yg penyayang yg m'punyai ramai kwn& tidak m'punyai musuh yg b'sifat jembalang
lelaki idaman saya adalah lelaki yg m'hormati ibunya yg sentiasa b'bakti kpd ke2 org tua&keluarga yg bakal m'jaga kerukunan rumahtangga yg akan m'didik isteri&anak2 m'dalami islam yg m'amal'n hidup penuh kesederhanaan krn dunia bgnya adalah rumah sementara menuju akhirat
lelaki idaman saya sentiasa b'sedia utk m'jadi imam yg hidup dibwh naungan al-quran& m'contohi sifat rasulullah yg blh diajak b'bincang & b'bicara yg m'jaga matanya dr b'belanja yg sujudnya penuh kesyukuran dgn rahmat Allah keatasnya
lelaki idaman saya tidak pernah m'bazirkan masa matanya kepenatan krn penat m'baca suaranya lesu krn penat mengaji & b'zikir tidurnya lena dgn cahaya keimanan bgnnya subuh dgn penuh kecergasan krn sehari lagi usianya b'tambah penuh kematangan
lelaki idaman saya sentiasa m'ingati mati yg bgnya hidup di dunia adalah ladang akhirat yg mana buah kehidupan itu perlu dibaja & dijaga agar b'putik tunas yg bakal m'jadi baka yg baik meneruskan p'juangan islam seblm hari kemudian lelaki idaman saya adalah lelaki yg tidak t'pesona dgn buaian dunia krn dia m'impikan syurga disitulah rumah idamanya &dia ingin m'bawa saya b'sama dialah lelaki idaman saya.....
Al-kisahnya mlm smlm tangan ini dan secara tak sengaja telah tertukar face blog ni kpd new face...Hmmm dan apa yang saya blur ialah banyak features,link-link,gambar saya n suami hilang...
Inilah dia face blog baru saya...
kalau ada kekawan yang boleh bantu saya mcmna nak manfaatkan menu kat atas (home,comments,video dan sebagainya,tlg hubungi saya yer..
Salam sejahtera semua buat pengunjung blog ini dan kawan2 yg dihormati sekalian.. Semoga sihat dan berbahagia selalu..Saya sekadar ingin menghebahkan bahawa AN NAJAH SHOPPE milikan saya dan suami,insyaAllah akan beroperasi tidak lama lagi di wakaf bharu,kelantan..InsyaAllah kami akan menjadikan kedai ini sebagai wasilah bagi memperjuangkan produk2 halal yang berada di pasaran sekarang,di antaranya produk seperti HPA,HIRAQ,ANA EDAR, HALALGEL,GIFFARINE,PRODUK TOK GURU dan sebagainya..Selain daripada produk2 tadi,kami juga turut menjual pakaian muslim dan muslimah yang di Import khas dari Syria,Mesir dan Jordan,InsyaAllah.Kami juga membekalkan susu kambing segar,yang dijamin suci dan halal.Barangan komputer dan perkhidmatan servis komputer juga boleh di dapati di kedai kami...Sebagai memperomosikan AN NAJAH SHOPPE ini, kami sentiasa mengalu-alukan sebarang tempahan bermula hari ini,hubungi saya di 0148079008 (naajihah) atau suami di 0148078008 (mohd al-amin)..doakan semoga apa yang kami usahakan ini mendapat barakah daripada ALLAH S.W.T...ameen...